Thursday, 9 June 2011

Wira – Wira Negara – Bahagian 1

Ini adalah dari pandangan kaca mata Anak Malaysia, sekiranya tidak menepati selera atau kehendak pembaca lain Anak Malaysia meminta maaf dan menghormati pendirian anda. Sebaliknya Anak Malaysia meminta semua menghormati pendirian Anak Malaysia. Itu adalah asas pada penubuhan Malaysia iaitu saling hormat menghormati satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan pendirian dari semua segi.

1.    Dato Onn Jaafar: Pemimpin unggul yang sepatutnya diberi gelaran Bapa Kemerdekaan Malaysia tapi malangnya di ambil alih oleh orang lain. Gelaran  Bapa kemerdekaan sepatutnya bukan untuk pemimpin yang telah bermesyuarat dan berunding dengan pihak Inggeris untuk kemerdekaan tapi tokoh yang telah membakar semangat dan memulakan tuntutan kemerdekaan. Dato Onn merupakan negarawan yang telah mencetuskan bara dia hati semua rakyat Malaysia untuk menuntut kemerdekaan dan merupakan salah satu warga Asia yang berjaya menggoyang empayar British. Di petik dari sebuah majalah Britain “2 Asians that managed to shake the British Empire were Mahatma Gandhi and Onn Jaafar”.  Wira Negara yang sanggup berkorban harta benda serta tenaga untuk memastikan impian semua rakyat Malaysia tercapai iaitu memperolehi kemerdekaan
.
2.    Tun Razak: Perdana Menteri Malaysia ke 2 yang berwawasan. Bersama sama berjuang bersama Dato’ Onn dan Tengku Abd Rahman untuk kemerdekaan Malaysia. Setelah menjadi Perdana Menteri telah melaksanakan beberapa agenda penting untuk menyatu padukan semua kaum di Negara ini. Selain itu beliau juga adalah pengasas kepada beberapa perancangan ekonmi. Beliau juga mecetuskan idea2 untuk pembangunan Malaysia yang kemudiannya di praktikan oleh Tun Mahathir. Walaupun tidak sempat untuk melaksanakan rancangan rancangan pembangunan Negara beliau yang telah merancang segala-galanya. Walaupun ditegah oleh pihak British namun Tun Razak telah meneruskan agendanya iaitu mewujudkan hubungan Diplomatik dengan Negara China.  Keberanian beliau harus dipuji dan dihargai.

3.    Tun Dr Mahathir: Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 – Jasa beliau terhadap Negara tiada tandingan kalau di bandingkan dengan pemimpi- pemimpin yang ada di zaman sekarang ini. Beliau telah membawa Malaysia ke arah pembangunan yang pesat. Beliau sebenarnya boleh di beri gelaran “The Executer” dan Tun Abdul Razak boleh diberi gelaran “The Planner” seiring dengan rancangan rancangan  telah disediakan oleh Tun Razak, Tun Mahathir telah berjaya melaksanakannya dengan baik. Semangat patriotisma dan cintakan Negara telah dibuktikan dengan baik bila orang asing mula bercerita dan memuji Malaysia. Beban seorang “executer” adalah berat kerana kesilapan dan kejayaan sesuatu projek atau idea terletak di bahu beliau. Jika kejayaan dicapai maka pujian akan menyusul tetapi jika yang menyusul itu kegagalan maka tomahan, cacian, maki hamun yang bakal dihadapi. Berapa ramai yang sanggup mengambil risiko begini. 

Keberanian dalam mengambil risiko seperti ini yang memaparkan  sifat  kepimpinan unggul yang menjurus beliau menjadi wira Negara. Di dalam perhatian umum di dalam dan luar Negara Tun Mahathir terbukti telah berjaya membangukan Malaysia di pesada dunia dengan mega projects berserta juga pembangunan peniaga-peniaga kecil.

Tiada manusia yang sempurna dan sepanjang pemerintahan beliau selama lebih 2 dekad  bukan semua polisi dan keputusan beliau adalah yang terbaik tetapi jika dirumuskan kejayaan beliau jauh lebih banyak dari kegagalan. Bagi kacamata ANAK MALAYSIA kesilapan besar Tun Mahathir ialah membenarkan Anwar Ibrahim menjadi ahli UMNO dan mendidik beliau di bidang politik. Bak kata pepatah “UMPAMA MENYUSUKAN ULAR “

Akhir kata ketiga-tiga pemimpin ini sukar diganti dari segi jasa mereka pada Negara.

Bahagian Ke 2 akan menyusul

Artikel oleh: ANAK MALAYSIA (Blogger not for Sale)

No comments:

Post a Comment