Anak Malaysia dari dahulu lagi menentang demonstrasi jalanan tanpa mengira siapa yang menganjurkannya biar ianya dari pihak parti-parti politik (pembangkang atau kerajaan), badan bukan kerajaan atau mana-mana pihak yang berkenaan.
Sejak 1998 selepas Anwar dipecat dari UMNO demonstrasi jalanan seakan-akan sudah menjadi budaya hidup kita. Kita warga Malaysia harus ingat bahawa budaya kita ialah pada keamanan bukan pada keganasan dan menunjuk perasaan di jalanan. Salah ke luahan ini semua di buat dengan teratur di tempat-tempat yang dikhaskan iaitu di dewan-dewan tertutup atau distadium. Ada pihak yang akan mengatakan permit bagi tempat-tempat sebigini dibawah kawalan kerajaan tapi harus diingat, tika dan saat Anak Malaysia menulis artikel ini 4 buah negeri berada di tangan pihak pembangkang dan semua kerajaan tempatan negeri-negeri ini mempunyai kuasa untuk membenarkan perhimpuanan teratur untuk dianjurkan.
Anak Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan ini kerana ada banyak keburukan yang akan timbul seperti kemusnahan harta benda, peniaga terpaksa menanggung kerugian terutamanya peniaga kecil dan juga pelancongan akan terjejas bila Malaysia dilihat sebagai pusat demonstrasi dan tidak selamat untuk dilawati lagi. Ini akan memberi kesan terhadap ekonomi negara secara langsung.
Baru-baru ini tersebar luas tidak lama lagi akan berlaku lagi satu demonstrasi jalanan dan sasaran adalah 1 juta orang untuk menyertai perhimpunan ini. Samada betul atau tidak Anak Malaysia tidak pasti tapi inilah yang dicanang dibeberapa buah blog serta surat khabar pembangkang. Perhimpunan ini adalah untuk menunjukkan ke tidak puasan hati rakyat terhadap SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) di mana terdapat penyelewengan dan juga perkara-perkara yang harus digubal dan diubah.
Pihak Pemuda UMNO telah membuat laporan polis untuk membantah demonstrasi ini. Anak Malaysia ingin mengingatkan Pemuda UMNO supaya cermin-cermin lah diri dahulu sebelum membuat bantahan. Kerap kali kita lihat sekarang pihak UMNO serta sekutunya sudah pun mengikut jejak langkah pihak pembangkang khususnya di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang. Anak Malaysia tidak suka akan sikap hipokrit. Bagi Anak Malaysia terang-terang kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang hendak menunjuk kehebatan masing-masing dan akhirnya yang menjadi mangsa adalah RAKYAT. Anak Malaysia hanya mementigkan RAKYAT sahaja. Apa yang RAKYAT hendak ialah pemimpin-pemimpin yang tahu erti kata damai serta bijak dan bukan pemimpin-pemimpin yang suka menimbulkan kekecohan.
Anak Malaysia menyokong penuh pada SILENT PROTEST untuk meluahkan sesuatu ketidakpuasan tanpa menjejas keselamatan atau mengakibatkan kerugian pihak-pihak tertentu. Selalulnya demonstrasi akan menjurus kepada keganasan dan akibatnya di tanggung oleh RAKYAT.
Kepada mereka-mereka yang suka atau gemar membuat kacau bilau. Anak Malaysia cadangkan tinggalkan negara ini dan duduklah di negara-negara jiran kita yang memang gemar akan perkara seperti ini.
Artikel oleh: ANAK MALAYSIA ( Blogger not for sale)


No comments:
Post a Comment