Wednesday, 8 June 2011

NEGARAKU


Lagu kebangsaan kita yang kita nyanyikan setiap pagi di sekolah dengan penuh perasaan bangga. Lirik lagu ini ada menyebut TANAH TEMPAT TUMPAHNYA DARAH KU. Maksudnya amat mendalam dan perlulah dihayati oleh semua kaum di Malaysia kerana negara ini milik kami semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Bila kita nyanyikan lagu kebangsaan kita ini dengan penuh kebangaan dan penghayatan kita dapat lihat timbulnya sifat patriotisma di kalangan kita dan penyatuan rakyat Malaysia amat dihargai.

Setelah kita meninggalkan bangku sekolah kebanyakan kita lupa lirik lagu kebangsaan kita dan bila timbul pula isu-isu yang berkaitan dengan bangsa dan agama dengan mudah kita melenting atau menyalahkan pihak lain. Tanpa mengkaji atau menyelidik kita rakyat dengan mudah mempercayai apa sahaja yang dibangkitkan orang berkenaan dengan isu perkauman.

Kalau kita kaji secara mendalam, punca pada masaalah perkauman di Negara ini adalah disebabkan dan dicetuskan oleh ahli-ahli politik yang tidak bertanggung jawab. Demi kuasa Negara tergadai.  Kembali pada sejarah dan kaji bagaimana empayar Great Britian berjaya menawan negeri-negeri di Malaysia.  Pada masa itu yang berkuasa adalah Sultan dan bila berlaku perebutan kuasa  negeri- negeri semua tergadai ke tangan kuasa asing. Adakah kita hendak perkara yang sama berulang lagi?


Penulis ingin mengajak semua rakyat Malaysia bersatu dan menyuarakan pendapat masing-masing supaya dapat kita kembalikan balik zaman kegemilangan Malaysia bila semua bangsa telah bersatu dan menuntut kemerdekaan. Kini sudah tiba masanya kita bersatu sekali lagi dan menolak segala helah ahli-helah politik yang ingin melihat kita bertelagah antara satu sama lain demi kepentingan kuasa mereka.

Pejuang Negara separti Dato Onn Jaafar, Tun Tan Cheng Lok dan Tun Sambathan haruslah kita kembalikan dengan agenda yang baru iaitu menolak perkauman. Isu perkauman jika dibiar akan menular dan menghancurkan Negara kita yang kita cintai.

No comments:

Post a Comment