Ramai yang keliru sejak 1998, samada tuduhan-tuduhan ke atas Anwar ada kebenaran atau tidak. Kebiasaannya pemimpin luar Negara yang jatuh di dalam arena politik adalah disebabkan oleh gejala rasuah atau salah guna kuasa. Di Malaysia Anwar dikaitkan dengan unsur-unsur yang sama tapi yang diberi perhatian adalah kes sodomy dan sekarang pula kes sodomy Part 2 diikuti video sex bersama seorang pelacur dari CHINA.
Bagi penulis isu-isu sex ini adalah hal peribadi tapi jika ianya melibatkan seorang pemimpin tak kira dari kerajaan atau dari pihak pembangkang ianya bukan lagi hal peribadi sebab pemimpin adalah pilihan rakyat dan rakyat kena tahu pemimpin yang macam mana, telah atau akan pilih. Dalam erti kata lain pemimpin adalah HAK RAKYAT.
Selagi tidak terbukti kesahihan segala tuduhan ini maka kita biarkan sahaja isu-isu Anwar yang melibatkan beliau dengan sex. Yang menjadi isu sekarang adalah ketulusan beliau. Adakah dia seorang pemimpin yang tulus.
Kita balik pada zaman silam beliau bila dia menjadi pemimpin pelajar di UM dan juga zaman beliau di ABIM. Ternyata beliau masa itu anti kerajaan dan telah mengajurkan beberapa siri demonstrasi jalanan. Arus dan masa berubah beliau menjadi ahli UMNO dan menjadi penyokong kerajaan dan di dalam tempoh masa yang singkat beliau berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan.
Masa ini DAP serta PAS merupakan musuh beliau. Begitu banyak ucapan-ucapan beliau di pentas mengkritik PAS dan DAP serta pemimpin-pemimpin mereka seperti Nik Aziz dan Lim Kit Siang serta Karpal Singh. Selepas 1998 bila disingkir dari kerajaan dan parti UMNO, terus arus berubah sekali lagi dan kini musuh telah menjadi sahabat. Orang-orang yang menjadi sasaran beliau semasa di UMNO dahulu kini menjadi rakan seperjuangan.
Begitu mudah bagi seseorang manusia itu berubah. Ada segilintir RAKYAT yang terpengaruh dan mudah lupa dan menjadi tugas ANAK MALAYSIA untuk mengingatkan mereka yang ketulusan seseorang itu terletak pada jiwa dan sanubari manusia itu. Seorang pemimpin seperti Anwar berubah mengikut kepentingan diri sendiri ternyata bukan seorang pemimpin tulus dan ikhlas.
Beliau pentingkan diri sendiri dan mengikut kesesuaian keadaan, beliau akan berubah pada bila-bila masa. Bagi penyokong-penyokong Anwar sila kaji semula keperibadian beliau. Selain Anwar, pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang, Haji Hadi, Mat Sabu dan lain-lain juga pernah mengutuk, memaki hamun dan mencaci Anwar Ibrahim tapi hari ini demi kepentigan peribadi masing-masing dan gilakan kuasa semua mereka menjadi satu dan berjuang dia bawah satu PANJI. Bolehkah kita percaya pada pemimpin-pemimpin seperti ini ?
Artikel Oleh :
Anak Malaysia (Blogger not for sale)

No comments:
Post a Comment